Pauline Lan wanita yang sempurna

6 Jul - Pengacara rancangan program fesyen televisyen Taiwan terkenal, Pauline Lan, berkongsi rahsia menjadi wanita sempurna adalah wanita yang sentiasa gembira, berkeyakinan tinggi serta wanita yang amat menyayangi dirinya sendiri lebih dari segalanya.

Pada hari Sabtu yang lepas, Lan serta pengacara bersama "Ladies First" Xiao Man dan Kevin berada di Malaysia untuk bertemu sendiri dengan peminat-peminatnya di pusat membeli belah One Utama bersempena dengan promosi rancangan terbaru yang bakal bersiaran di TVBS asia di Astro.

Tepat dengan gelaran ratu fesyen di Taiwan, Lan telah menunjukkan minat beliau terhadap penonton Malaysia yang bersamanya apabila kebanyakkan yang hadir menggayakan pelbagai fesyen terbaru. Dia turut memberikan beberapa tips khas kepada penonton yang hadir ketika itu.

" Kepada semua wanita di luar sana, anda perlu tahu bagaimana untuk sayangi diri sendiri, yakin pada diri dan ceria selalu, pasti kecantikan itu akan hadir di dalam diri anda. Tidak kiralah anda seorang yang mementingkan gaya ataupun seorang suri rumah biasa, anda harus pastikan seisi rumah anda dijaga dengan baik. Itu perempuan yang sempurna bagi saya!".

Jurusolek terkenal Kevin, yang turut mengacarakan rancangan "Ladie First " bertahun lamanya, dia memuji penonton wanita yang hadir.

" Sebelum ini, apabila saya datang ke sini, wanita yang hadir tanpa secalit mekap. Tapi sekarang semuanya telah berubah, ramai di antara anda yang kelihatan lebih anggun dengan solekan yang kena. Banyak perubahan yang saya lihat, usaha yang bagus!."

Dia turut berkongsi sedikit tip untuk menghalang kulit berminyak " kawal suhu di muka anda adalah cara terbaik untuk menghalang kulit dari berminyak. Seringkali dedahkan kulit anda dengan kawasan yang sejuk. Tapi jangan pula setkan alat penghawa dingin di bilik dengan suhu yang paling sejuk kerana apabila anda keluar dari bilik yang sejuk itu, secara automatik kulit anda yang berminyak akan meningkat dari 15 peratus hingga 20 peratus dari kebiasaan.

"Saya sarankan anda semua simpan tuala kering di peti ais dan gunakan tuala itu untuk proses penyejukan wajah."

Jika anda mempunyai masalah dengan gaya diri, pakaian dan cara mekap yang betul, apa kata sekali sekala layankan program "Ladie First" yang bersiaran dari hari Isnin hingga Jumaat yang bersiaran selama 1 jam bermula pada pukul 8 malam.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 10 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows
    Jennifer Saba and Lisa Richwine - Reuters
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows 13 minutes ago
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows

    By Jennifer Saba and Lisa Richwine NEW YORK/LOS ANGELES (Reuters) - Technology powerhouses like Microsoft Corp and AOL Inc are flexing their muscles as storytellers, parading TV network-style shows before advertisers at an annual digital content showcase in New York next week. With an eye on the big bucks such shows can command, Microsoft will trot out a football reality show called "Every Street United." Sony Corp's digital network Crackle will serve up Jerry Seinfeld's "Comedians in Cars …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …