Peguambela minta hukuman Cut Tari ditamatkan

23 Jul – Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti oleh semua media apabila vokalis kumpulan Peterpan, Ariel telah dibebaskan lebih awal daripada hukuman yang dijatuhkan kepadanya sebelum ini kerana berkelakuan baik.

Menurut laporan daripada detikHot, walaupun Ariel telah dibebaskan, namun pihak polis memberitahu bahawa hukuman terhadap pasangannya dalam video porno; Cut Tari dan Luna Maya akan berjalan seperti biasa dan tidak akan dibebaskan awal.

Susulan daripada keputusan mengejutkan itu, peguambela Cut Tari, Hotman Paris Hutapea meminta pihak polis segera menghentikan hukuman terhadap anak guamnya.

"Tari harus dibebaskan. Ini kes berbeza, Tari hanya mangsa dan tiada kiatan dengannya. Maka pihak polis seharusnya menutup kes Tari," ujarnya dengan nada tegas.

Hotman berkata dia tidak faham dengan alasan pihak polis yang tidak mahu menutup kes Cut Tari, walhal Cut Tari sudah menjalani hukuman penjara sudah lebih dari 2 tahun.

"Itu sebenarnya telah melanggar HAM. Mana ada kes yang digantung selama 2-5 tahun? Kan berbeza kalau orang yang bertelanjang di rumah seorang diri dengan kes orang telanjang di Bandar," jelasnya yang memberi perumpamaan.

"Kes itu sepatutnya mendakwa orang yang menyebarkan kandungan porno kepada orang awam," katanya lagi.

Dalam pada itu, Hotman menegaskan bahawa dia tetap akan membela bekas pengacara "Insert" itu.

"Kalau pihak polis berdiam sahaja, kita akan bertindak, dan akan mengambil tindakkan undang-undang," tegas Hotman.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 11 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows
    Jennifer Saba and Lisa Richwine - Reuters
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows 3 minutes 27 seconds ago
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows

    By Jennifer Saba and Lisa Richwine NEW YORK/LOS ANGELES (Reuters) - Technology powerhouses like Microsoft Corp and AOL Inc are flexing their muscles as storytellers, parading TV network-style shows before advertisers at an annual digital content showcase in New York next week. With an eye on the big bucks such shows can command, Microsoft will trot out a soccer reality show called "Every Street United." Sony Corp's digital network Crackle will serve up Jerry Seinfeld's "Comedians in Cars …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.