Pemain bass Deftones meninggal dunia

15 Apr – Disebabkan oleh keadaannya yang tidak boleh pulih, pemain bass kumpulan Deftones, Chi Cheng, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 13 April lalu pada usia 42 tahun.

Chi Cheng, atau nama sebenarnya Chi Ling Dai Cheng terlibat dalam kemalangan kereta pada tahun 2008 yang mana beliau tercampak keluar dari keretanya setelah dilanggar oleh kereta lain akibat tidak memakai tali pinggang keledar. Akibat dari insiden tersebut, beliau berada dalam keadaan koma.

Keadaannya bertambah baik pada tahun 2009 apabila Chi Cheng mula menunjukkan sedikit tanda separa sedar. Para doktor melaporkan bahawa beliau sudah boleh menggerakkan kakinya walaupun dalam keadaan terhad.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila jantung beliau sudah berhenti berdegup secara tiba-tiba.

"Kepada ahli keluarga sekalian, ini merupakan sesuatu yang paling sukar untuk ditulis kepada anda semua. Kasih sayang anda terhadap Chi memang tidak boleh dinilai. Saya tahu anda semua akan sentiasa mengingati dia sebagai lelaki berbadan besar yang berada di atas pentas yang sangat baik hati. Dia telah dibawa ke wad kecemasan pada hari ini dan pada jam 3 pagi jantungnya berhenti berdegup secara tiba-tiba. Dia tinggalkan dunia ini dengan lagu-lagu yang saya nyanyikan di telinganya. Sudah lama dia cuba berjuang untuk hidup. Anda semua sentiasa berada di sisinya. Dia tahu dirinya sentiasa disayangi dan tidak pernah keseorangan," tulis ibunya, Jeanne Marie Cheng di laman sesawang One Love For Chi.

Dilahirkan pada 15 Ogos 1970 di Davis, California, Chi Cheng mula bermain bass untuk Deftones tidak lama selepas kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 1988.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 2 hours 1 minute ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan 14 hours ago
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Title of new Hillary Clinton book: 'Hard Choices'
    KEN THOMAS - Associated Press
    Title of new Hillary Clinton book: 'Hard Choices' 1 hour 16 minutes ago
    Title of new Hillary Clinton book: 'Hard Choices'

    WASHINGTON (AP) — Hillary Rodham Clinton's upcoming book will be called "Hard Choices," a title that reflects how the potential 2016 presidential candidate may try to define her record as President Barack Obama's secretary of state while she considers another White House campaign. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …