Penampilan penting untuk pertemuan pertama

Sudah tiba masanya untuk anda melangkah ke hadapan dalam perhubungan. Masa untuk bertemu dengan keluarga si dia adalah antara momen penting untuk kita mendapatkan restu daripada pihak keluarga terutama ibu bapa.

Bukan sahaja tingkah lagu diperhatikan, pakaian juga memainkan peranan penting untuk 'lulus' dalam ujian pertama. Ini kerana ia mampu memberikan gambaran positif kepada mereka yang memandang.

Ambil tahu lokasi pertemuan
Sebagai pasangan yang baru sahaja ingin bertemu keluarga kekasih hati anda, hargailah momen pertama tersebut kerana bukan mudah untuk menyakinkan hati si keluarga jika tidak kena dengan gayanya! Ambil tahu di mana mereka akan adakan perjumpaan dan mula berfikir pakaian apa yang paling sesuai untuk digayakan. Jangan pula ketika minum petang, anda memakai baju dress labuh bewarna gelap sebagai pilihan utama. Langsung tidak kena!

Pilih pakaian yang tidak lapuk ditelan masa
Pilih pakaian yang bercirikan klasik dan tradisional langsung tidak menampakkan kecacatan. Apa kata kali ini, anda gayakan kebaya ibu tersayang dengan seluar atau kain yang lebih moden agar tampak up to date. Bagi lelaki pula, cukup sekadar memakai tshirt berkolar dan juga kasut yang bertutup.

Tunjukkan sifat romantis anda
Khas untuk wanita di luar sana, tunjukkan anda seorang wanita feminin yang lemah lembut, yang mana mampu memberi contoh terbaik sebagai bakal isteri dan juga menantu yang sopan santun. Mungkin pilihan baju tradisi masing-masing mampu memberikan gambaran baik kepada si keluarga. Pilihan baju kurung, cheongsam dan juga sari amat membantu!

Serlahkan penampilan
Jika pasangan anda memiliki keluarga yang ramai, pilih pakaian yang lebih menyerlah dan warna lebih terang agar mereka perasan akan kewujudan anda di majlis tersebut. Tak salah sekali-sekala cuba mendapatkan perhatian begitu, bukan?

Segar dan kemas
Tampil segar dan juga kemas amat perlu dan ini antara faktor penting bagi mereka yang pertama kali bertemu keluarga pasangan masing-masing. Jika anda seorang lelaki, pastikan anda mencukur janggut atau jambang dan kemaskan potongan gaya rambut anda. Calitkan sedikit gel agar kelihatan kemas dan teratur. Gosok pakaian anda, jangan biarkan kedut di baju merosakkan segala-galanya. Begitu juga dengan wanita. Bagi yang berambut panjang, sepitkan sahaja rambut anda atau ikat agar tampil kemas. Semburkan sedikit wangian yang tidak terlalu kuat. Jangan sampai bakal mertua anda sesak nafas pula.

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit 16 hours ago
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! 16 hours ago
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • Tip fesyen buat si gadis comel
    Azizah Saleh - Tupai
    Tip fesyen buat si gadis comel Tue, Apr 15, 2014 4:20 PM MYT
    Tip fesyen buat si gadis comel

    Anda sering digelar gebu, bulat, tembam, comel mahupun 'chubby'? Nah...tutup sahaja telinga anda wahai si gadis anggun lagi bertuah! Ayuh kenali fesyen yang sesuai buat diri anda. …

  • Colombia's Garcia Marquez 'delicate' after pneumonia: Santos
    Colombia's Garcia Marquez 'delicate' after pneumonia: Santos

    Nobel Prize-winning Colombian author Gabriel Garcia Marquez has recovered from pneumonia but his condition remains "delicate", Colombia's President Juan Manuel Santos said on Wednesday. Garcia Marquez, who was hospitalized for nine days in Mexico City for dehydration and a lung and urinary infection, has been receiving treatment at his home since being released last week. "What they told me is that he had pneumonia, he has got over that, he remains in delicate health which is a reality of his …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …