Pewarna kuku Inglot popular di kalangan wanita Islam

4 Mac – Pengambilan wuduk sebelum bersolat sudah tentu membuatkan ramai wanita beragama Islam tidak memakai pewarna kuku disebabkan sifatnya yang kalis air.

Bagi mereka yang masih ingin memakai pula, perbuatan menanggalkan pewarna kuku sebelum berwuduk dan kemudiannya mewarnakan kembali kuku tersebut berkali-kali dalam sehari sememangnya menyusahkan. Dan sudah pasti mereka tidak mahu memakai pewarna kuku dalam tempoh kedatangan haid sahaja.

Namun, isu yang sering wujud di kalangan wanita Islam nampaknya sudah berakhir dengan adanya pewarna kuku Inglot O2M yang baru sahaja diperkenalkan oleh syarikat Inglot dari Poland.

Dengan menggunakan polimer yang turut terdapat dalam kanta pelekap, pewarna kuku O2M berupaya membenarkan oksigen dan lembapan meresap masuk ke dalam kuku. Penggunaan polimer ternyata berkesan apabila satu eksperimen dijalankan dengan menggunakan dua penapis kopi, yang mana permukaan penapis pertama dicat dengan pewarna kuku. Apa yang didapati selepas 10 saat adalah permukaan penapis kedua yang diletakkan di bawah penapis pertama masih kering apabila pewarna kuku biasa digunakan tetapi basah apabila permukaan penapis pertama tersebut diwarnai pewarna kuku O2M.

Hasil dari sifatnya yang membenarkan air dan udara meresap masuk ke dalam, pewarna kuku Inglot O2M itu berjaya meraih populariti di kalangan wanita wanita Islam. Tambahan pula, pewarna kuku tersebut turut diakui oleh Profesor Mustafa Umar, iaitu seorang ilmuan Islam dari Amerika Syarikat yang mendapati pewarna tersebut sebagai menepati dengan apa yang dituntut oleh Islam.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 9 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan 22 hours ago
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Singer Chris Brown's assault trial delayed to next week
    Singer Chris Brown's assault trial delayed to next week

    By Tom Ramstack WASHINGTON (Reuters) - Singer Chris Brown's assault trial was delayed on Friday, when a Washington, D.C., judge put off a verdict for the R&B artist's bodyguard whose trial on the same charge is scheduled to conclude first. District of Columbia Superior Court Judge Patricia Wynn said she will need until Monday to consider the evidence and decide the verdict in the misdemeanor assault trial of bodyguard Christopher Hollosy, accused of assaulting a man who tried to photograph …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …