Popmycase membuat kemunculan di Asia

9 Ogos – Baru-baru ini, pereka aksesori inovatif bagi telefon pintar dan tablet, Popmyberry telah melancarkan anak syarikat terbaru iaitu Popmycase yang dikatakan telah membuat kemunculan sulung di benua Asia.

Syarikat Popmycase memberikan pelantaran kepada pengguna telefon pintar untuk mereka sarung telefon pintar mengikut citarasa sendiri.

Aplikasi yang terdapat di laman sesawang rasmi www.popmycase.com ini membolehkan para pengguna memuat turun gambar dari laman sesawang seperti Facebook ataupun Instagram dimana mereka mengubahsuai sarung telefon pintar mereka.

Bekas telefon pintar yang dikeluarkan oleh Popmycase bukanlah plastik biasa. Sebaliknya, ia dikenali sebagai Lexan, sebuah jenama resin polikarbonat yang tahan lasak, ringan, fleksibel dan memberi perlindungan kepada gajet yang pernah digunakan oleh Nasa dan bahan binaan jentera Formula One.

Dengan menggunakan teknologi pencetakan 3-D resolusi tinggi berserta kaedah terkini pemindahan haba yang dipanggil 'ink-embedded process' Popmycase berupaya menghasilkan sebuah rekaan dengan imej yang sangat jelas dan tidak mudah pudar.

Keunikan Popmycase bukan sahaja terletak pada bahan pembuatannya. Syarikat ini turut menyediakan sebuah pelantaran terbaru untuk para artis dan karyawan menunjukkan bakat mereka kepada orang ramai menerusi format yang terbaru.

Untuk merealisasikan matlamat ini, Popmycase bekerjasama dengan selebriti dan artis grafik seperti Amy Search, Bunkface, Nini Marini, Orkibal, Spoonman, Shieko, Kukubesi, TheSuperSunday, Art Tech dan ramai lagi dalam menawarkan pelbagai hasil seni rekaan sarung yang unik dan bergaya. Tidak kurang juga, para artis dari negara Asia lain akan turut memberikan kerjasama mereka.

Dengan adanya Popmycase, pengguna boleh mereka sarung telefon pintar dengan mudah sekali. Apa yang mereka perlu buat adalah dengan hanya memilih modal telefon, diikuti dengan memuat turun imej dari komputer ataupun memilih hasil seni artis. Imej yang didapati perlu diubahsuai pada kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang model telefon yang dipilih. Hasil rekaan yang telah siap boleh ditempah untuk dicetak pada sarung telefon tersebut.

Menerusi laman web rasmi Popmycase, pengguna boleh mendapatkan sarung pra-rekaan dangan harga RM98 dan sarung dengan pengubahsuaian rekaan dengan RM128.

Rekaan sarung yang ditempah dari seluruh Malaysia akan sampai dalam masa tiga hari selepas tempahan dibuat manakala tempahan dari luar negara akan memakan masa selama lima hingga tujuh hari bekerja.

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 21 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club
    Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club

    By Elizabeth Daley PITTSBURGH (Reuters) - Previously unknown digital work made by pop artist Andy Warhol was resurrected from aging floppy disks by forensic computer experts from Carnegie Mellon University, the school announced on Thursday. They depict common Warhol subjects including Campbell's Soup cans, self portraits, bananas and Marilyn Monroe as well as doodles and camera shots of a desktop. Carnegie Mellon art professor Golan Levin said the work was recovered thanks in part to someone …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …