Populariti Mawi merudum?

BAHAGIA ... Mawi bersama isteri, Ekin dan anak mereka Cahaya Malaika.


Nama Asmawi Ani atau Mawi cukup besar dalam industri seni hiburan tempatan.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua lapisan masyarakat, khususnya Melayu, mengenali siapa Mawi. Lelaki berusia 31 tahun itu menjadi satu fenomena selepas menyertai program realiti televisyen, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga lebih kurang tujuh tahun lalu.

Aura yang dibawa Mawi cukup luar biasa, biar kemenangannya pada waktu itu hanya berpandukan undian SMS. Sejak itu, juara AF musim ketiga itu memang tidak pernah surut dengan liputan media. Hampir setiap hari, media massa akan melaporkan berita tentang Mawi.

Kini, selepas tujuh tahun berlalu, harus diakui, nama Mawi semakin tenggelam. Sementelah banyak bakat baharu yang muncul dengan AF sendiri telah melalui musim sehingga kesembilan. Penyanyi yang berasal daripada Kulai, Johor itu dalam waktu yang sama semakin kurang menerima publisiti. Selain itu, dia sendiri dilihat tidak begitu aktif dalam bidang seni selepas berkahwin dengan Ekin lebih dua tahun lalu.

Ditebak dengan soalan tentang populariti yang semakin susut, Mawi tidak menolak bahawa hal itu memang berlaku. Ya, dia mungkin sudah tidak popular seperti dahulu dan kurang terdedah dengan media. Namun satu hal yang pasti, dia masih menerima tawaran menyanyi walau tidak sekencang dulu.

"Saya mungkin sudah tidak seperti dulu yang selalu mendapat liputan media. Tapi saya masih mendapat undangan nyanyian sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sebulan," katanya.

Dia bagaimanapun mengaku yang bayaran yang diterima juga tidak semahal sewaktu zaman dia popular.

"Walaupun tidak mahal seperti dulu, namun ia masih cukup untuk saya menampung keluarga," katanya lagi.

Biar orang melihat Mawi sudah semakin suram, namun dalam diam dia aktif dengan kerja-kerja penerbitan di bawah syarikat miliknya, MW Entertainment Snd.Bhd. Rumah produksi ini kata Mawi adalah sebagai persediaan masa hadapannya.

"Saya yakin dengan kerja-kerja penerbitan dan ia mampu memberi kelangsungan hidup buat saya," katanya yang kemudian menegaskan: "Saya masih akan terus menyanyi selagi ada permintaan." Malah dia juga bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Termolek karya  komposer Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad.

Menyusul juga adalah sebuah single yang diberi nama "Siapa Dapat Lisa" yang juga akan dibuat dalam bentuk telemovie.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan keluarganya, Mawi memberitahu hidup dia dan Ekin tambah lengkap dengan kehadiran anak sulung mereka, Cahaya Malaika.

Cahaya Malaika kini sudah berusia tiga bulan dan mereka tidak kisah jika Cahaya mahu terjebak dalam dunia seni.

"Kami tidak akan menghalang, asal ia memberi manfaat kepadanya," tambah Mawi.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 19 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes
    Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes

    LOS ANGELES (Reuters) - Netflix Inc's streaming video service will be integrated into TiVo Inc set-top boxes provided by Atlantic Broadband, Grande Communications and RCN, the cable providers said on Thursday. The deals are the first in the United States to bring Netflix as an app to cable set-top boxes. Netflix has similar arrangements with operators in Europe. (Reporting by Lisa Richwine; Editing by Steve Orlofsky) …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.