Pra-tempahan koleksi Orked di Tesco

Koleksi terbaru rekaan pereka fesyen terkemuka Jovian Mandagie, Orked telah mendapat sambutan ramai selepas pra-tempahan di laman sesawang Tesco dibuka kepada pembeli pada 15 Mei lalu.

Dipetik dari laporan Murai, Jovian dalam kenyataannya memberitahu konsep pra-tempahan ini diperkenalkan buat pertama kali dan melihatnya sebagai satu strategi baik yang membolehkan pembeli mendapatkan koleksi tersebut sebelum tarikh sebenar ianya dijual di gedung pasar raya itu iaitu pada 24 Jun akan datang.

"Saya melihat konsep ini sangat efektif dan strategi perniagaan yang bagus terutama sekali bagi memastikan setiap rekaan yang dikeluarkan akan menerima maklum balas dan tempahan segera daripada pembeli.

"Menerusi cara ini, pembeli akan dapat menempah koleksi Orked di Tesco atau secara dalam talian tanpa sebarang pembayaran pendahuluan kerana bayaran hanya boleh dilakukan ketika mengambil tempahan di kaunter Tesco berhampiran iaitu seminggu sebelum hari pelancaran," ujar pereka fesyen berusia 27 tahun.

Jelas Jovian lagi, sekiranya pembeli tidak menggemari rekaan tersebut, mereka boleh memulangkan atau menukar pembelian ketika mengambil tempahan itu.

Jovian telah menghasilkan 24 rekaan untuk koleksi siap dipakai ini yang terdiri daripada kurung labuh, kurung moden, kebaya, kaftan dan gaun panjang dengan suntikan identitinya seperti peplum, draping dan juga potongan duyung.

Rekaan berkonsepkan moden kontemporari ini boleh didapati dengan harga serendah RM199 sahaja.

Tarikh tutup untuk pra-tempahan adalah pada 26 Mei ini.

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 16 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …