Raja Azmi anggap terima 'hadiah' Allah

28 Jun – Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta selama 28 tahun antara penerbit filem tempatan, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Jalani Sidek musnah selepas bekas jaguh badminton negara melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu kelmarin.

Dipetik daripada mStar, Raja Azmi walaubagaimanapun reda dengan 'hadiah' yang diberikan Allah sempena ulang tahun kelahirannya ke-53 yang secara kebetulan jatuh pada hari sama talak dilafazkan.

"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir. Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya. Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti."

Pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman serta berhadapan dengan konflik rumah tangga berpanjangan selama ini. Malah mereka ingin kekal akrab seperti sebelum ini.

"Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta dapat menerimanya. Hubungan kami akan terus baik seperti biasa. Malah kami sekeluarga baru berkumpul pada malam Selasa bagi meraikan hari jadi saya," ujar penerbit filem kontroversi "... Dalam Botol".

Pada masa yang sama, Jalani, 49, turut memberitahu keputusan tersebut dibuat kerana enggan melihat bekas isterinya menderita akibat fitnah yang berterusan dan bukan disebabkan wujudnya orang ketiga.

"Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana mahu melihat kebahagiaannya. Saya tidak mahu dia sengsara kerana tekanan fitnah orang yang mencemburui kebahagian rumah tangga kami," ujarnya yang menganggap ia sebagai satu pengorbanan seperti dipetik daripada Berita Harian.

Pasangan yang bernikah di Kamunting, Perak pada 22 Disember 1984 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Mereka juga turut memiliki seorang cucu berusia setahun bernama Muhammad Akid Mohd Shadan, anak kepada Puteri Suraya.

Sebelum ini Raja Azmi pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun mereka dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu selepas setahun proses siasatan berlangsung.

Jalani turut mencetuskan kontroversi selepas didakwa mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'
    Tom Little - AFP News
    Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle' 2 hours 41 minutes ago
    Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'

    With a nighttime procession lit by the glimmer of devotional candles and the flash of smartphone cameras, a church in Turkish-held northern Cyprus hosted its first Easter mass in nearly 60 years. Hundreds of Greek Cypriots crossed the Green Line to attend the ceremony at Famagusta's church of St George Exorinos, in the part of the Mediterranean island occupied by Turkish forces since 1974. Bishop Vassilis, wearing robes embroidered with gold and white and accompanied by a top Muslim cleric …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.