Raja Azmi mahu ikut jejak Sharifah Aini

Raja Azmi mahu ikut jejak Sharifah Aini

9 Jul – Produser sensasi, Raja Azmi menyuarakan hasratnya untuk meninggal dunia dalam keadaan tenang seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

"Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui Tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh," katanya yang dipetik dari mStar.

Raja Azmi turut memberitahu dia telah membuang semua gambar-gambar tidak bertudungnya di laman sosial Instagram-nya.

Dalam pada itu, Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, dia kini semakin tenang selepas berhijab.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas berhijab, selepas berhijab ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya.

"Saya nampak Allah tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik."