Rapper SonaOne cedera dipukul kerabat diraja

16 Apr – Rapper, SonaOne cedera teruk dimukanya dan badan selepas dia mendakwa bahawa dia telah dipukul seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

Dipetik daripada Berita Harian, insiden yang menimpa Mikael Adam Mohd Rafae, merupakan artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop, berlaku pada pukul 3.50 pagi menyebabkan dia pengsan dan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

Penyanyi berusia 24 tahun ini mendakwa, ketika kejadian berlaku, dia berada dalam sebuah kereta bersama dua lagi rakannya di luar pusat membeli belah, yang kemudiannya didatangi seorang lelaki yang dikenalinya dengan tiba-tiba menariknya keluar dari kereta.

"Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa merpertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan untuk mengelak kecederaan.

"Saya cuba minta pertolongan rakan dan orang ramai tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka," katanya.

Mikael memberitahu bahawa dia tidak tahu sebab apakah dia dipukul dan dia kesal dengan tindakan yang menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital.

Mikael atau lebih dikenali sebagai SonaOne sebelum ini pernah menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama Joe Flizzow dan Altimet selain pernah dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi yang tidak mahu identitinya didedahkan, telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi tersebut memberitahu bahawa dia berada berhampiran dengan tempat kejadian dan melihat mangsa dipukul, namun tidak sempat menolong sebelum menghantarnya ke hospital.

Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 8 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 25 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.