Rewan Ishak bercerita tentang "Postcard Express"

Selepas "KIL" terpilih untuk ditayangkan di anugerah Marche du Film bersempena Festival Filem Cannes, Perancis selain daripada empat buah filem tempatan yang lain, filem sulung arahan Nik Amir Mustapha yang bakal ditayangkan pada 30 Mei akan datang ini semakin mendapat perhatian ramai.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Akil (lakonan Redza Minhat) yang mahu membunuh diri kerana tertekan dengan hidupnya. Dia kemudian telah menemui satu agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang yang ingin membunuh diri. Namun semuanya berubah selepas Akil bertemu seorang gadis bernama Zara (Cristina Suzanne Stockstill).

Baru-baru ini kami berkesempatan bertemu penerbit filem "KIL", Rewan Ishak yang pernah mendapat perhatian dengan filem pendeknya, "Passport Express".

Hi Rewan! Boleh ceritakan bagaimana idea untuk menghasilkan filem "KIL" tercetus?
Pada mulanya, saya, Nik Amir Mustapha dan Jeremy Little hanya mahu membuat filem pendek sahaja, namun ketika perbincangan selanjutnya diadakan, kami melihat cerita ini sesuai diangkat ke layar perak. Kami tak mampu nak buat penggambaran lebih daripada 11 hari kerana kekurangan bajet dan kami hanya mempromosikan treler filem ini di laman YouTube. Pada satu hari, Nik Amir telah dimasukkan ke hospital kerana cedera ketika bermain futsal dan secara kebetulannya, penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin dari Primeworks Studios turut dimasukkan ke hospital yang sama. Beliau menonton treler filem itu dan menyukainya telah menawarkan untuk menjadi pengedar filem "KIL".

Jika filem pendek "Passport Express" yang pernah anda hasilkan sebelum ini adalah berdasarkan pengalaman anda, bagaimana pula dengan "KIL"?
Tema filem ini adalah 'bunuh diri', namun filem ini bukanlah sebenarnya tentang bunuh diri, tetapi ia tentang seorang lelaki yang kecewa dengan kehidupannya. Oleh itu Akil telah pergi ke Life Action Bureau (LAB) bagi membantu untuk melaksanakan niatnya. Ia bukanlah sebuah filem berdasarkan mana-mana pengalaman tetapi saya pasti ramai yang pada satu tahap mempunyai waktu dimana mereka mahu mati, tidak kiralah jika ia serius atau tidak.

Bagaimana dengan pemilihan pelakon untuk filem "KIL"? Adakah anda memang mahukan Redza Minhat dari mula atau ada yang mencadangkannya?
Nik Amir sememangnya mahukan Redza Minhat untuk menjadi peneraju filem ini. Jadi kami menghubungi dia dan ketika dia membaca skrip "KIL", dia berkata ia sesuatu yang baru dan bersetuju untuk membintangi filem ini. Manakala Cristina Suzanne Stockstill pula ketika dia hadir pada sesi ujibakat. Nik Amir bersetuju dengan saya bahawa dia sesuai untuk memegang watak Zara, lantas kami memilihnya.

Apa perasaan anda apabila "KIL" telah dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis?
Kami semua terkejut apabila mendapat tahu tentang pemilihan itu. Ini kerana "KIL" masih belum ditayangkan di sini. Apa yang terjadi adalah kami menerima panggilan daripada penganjur Festival Filem Cannes yang telah menonton filem kami dan memberitahu mahu menyangkan "KIL" di Cannes. Kami sangat gembira walaupun tidak bertanding kerana peluang untuk menayangkan filem ini di Cannes adalah satu penghargaan besar buat kami.

Memandangkan "Passport Express" pernah mendapat perhatian ramai sebelum ini, ada perancangan untuk mengangkatnya ke layar perak?
Ya, itu sudah pasti. Sekarang ini saya sedang dalam pengolahan skrip filem ini. Saya sudah ada tajuk untuk filem ini iaitu "Postcard Express".

Agaknya bila filem "Postcard Express" ini akan ditayangkan?
Saya harap tidak lama! (ketawa). Harap-harap tahun depan?

Apa projek terbaru anda selepas "KIL" dan "Postcard Express"?
Nik Amir akan sibuk dengan penggambaran filem keduanya "Bikin Filem" dengan Playground Productions, sementara saya akan membantunya sebagai penyunting, seperti saya lakukan untuk "KIL".

Sebagai seorang penggiat filem yang sudah berjaya, anda ada sebarang nasihat untuk mereka yang mahu masuk ke dalam industri filem ini?
Apa yang saya ingin katakan adalah jangan terlalu memikirkan mengenai aspek teknikal sangat. Jika anda ingin lakukan, terus buat dan jangan menunggu. Kami berasa bertuah kerana zaman kini kita boleh menghasilkan sebuah filem dengan bajet yang kecil seperti menggunakan kamera SLR dan juga iPhone, kemudian muat naik di laman YouTube seperti kami lakukan. Jika produk anda bagus, pasti anda akan mendapat kejayaan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual!
Sama-sama, jumpa lagi!

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 8 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 25 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …