Rita minta Aidil beri alasan kukuh untuk bercerai

  • Raw: Car Crashes Into San Antonio Pool

    Raw: Car Crashes Into San Antonio Pool

    Raw: Car Crashes Into San Antonio Pool

    Investigators in San Antonio are trying to determine what caused a woman to lose control of her car Wednesday night. The vehicle crashed through a rock wall and a privacy fence before landing in the backyard pool. (April 24) …

  • Birds Keep Building Nest In Front Of Traffic Cam

    Birds Keep Building Nest In Front Of Traffic Cam

    Birds Keep Building Nest In Front Of Traffic Cam

    A group of Ospreys, large fish-eating birds of prey, have opted to build their nest in front of a traffic camera on Maryland's Chesapeake Bay Bridge, and no matter how many times officials take the nest down, the Ospreys just build a new one. All in all, the nest has been removed three times and then rebuilt again by the Ospreys. Yup, these birds have definitely ruffled the MDTA’s feathers. …

  • Time Magazine Announces Top Influencers List

    Time Magazine Announces Top Influencers List

    Time Magazine Announces Top Influencers List

    Time Magazine is out with the 2014 Time 100, its annual list of the most influential people in the world. Beyonce is featured on the cover of this year's edition. (April 24) …

1 May – Semenjak kisah perceraian di antara pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan dengan isteri Rita Rudaini dicanang lebih kurang 4 bulan lepas. Kini, Rita menyuruh Aidil beri alasan kukuh untuk menceraikan dirinya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Rita menyatakan bahawa beliau masih tidak pasti sebab-sebab Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak ingin berpisah, memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham sebelum ini.

Melalui petikan dari mStar, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil yang berusia 25 tahun memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka, dan ingin suaminya memberikan alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Isnin lalu.

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.

Tetapi menurut Rita, dia masih ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibinanya sejak 25 Februari 2008. Selepas melalui pelbagai dugaan dan dia masih lagi menyayangi perkahwinannya yang dibina atas dasar cinta ini.

"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya.

Rita yang berusia 36 tahun ini turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

"Tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.

"Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya.

Cubaan untuk mendapatkan kenyataan dari Aidil, hanya mendapat jawapan, "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah."

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia Ini telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 14 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • First lady gets resume from girl with jobless dad
    NANCY BENAC - Associated Press
    First lady gets resume from girl with jobless dad 43 minutes ago
    First lady gets resume from girl with jobless dad

    WASHINGTON (AP) — Michelle Obama's annual question-and-answer session with the children of Executive Office employees has taken a somber turn. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.