Rossa akui sudah ada kekasih

Rossa akui sudah ada kekasih

10 Apr – Penyanyi popular dari Indonesia, Datuk Rossa mengakui dirinya kini sedang serius menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda dari Indonesia sekaligus menafikan dakwaan kononnya dia bercinta dengan kerabat diraja.

"Memang kami dalam proses mengenali hati budi tetapi belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini.

"Maklumlah, saya pernah berkahwin sebelum ini dan apsti saya perlu benar-benar bersedia sebelum berumah tangga semula," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina, buat masa ini beliau mahu fokus terhadap kariernya dan juga membesarkan anak tunggalnya, Rizky, pada masa sama mengharap hubungan yang dibina akan berakhir dengan perkahwinan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu menafikan dirinya bercinta dengan kerabat diraja, namun mengakui beliau memang berkawan baik dengan kerabat yang dimaksudkan.

"Saya pun terkejut bila dapat tahu diri saya digosipkan 'bermadu' dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya, hubungan kami sudah lama rapat, sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja dan tidak lebih daripada itu."