Rozita Che Wan kawal Zain Saidin?

9 Jul - Baru-baru ini, ada desas desus mengenai pelakon jelita, Rozita Che Wan dikatakan merajuk dengan kekasih hatinya Zain Saidin gara-gara Zain tidak menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) darinya.

Rozita yang mesra disapa Che Ta itu mengatakan dia tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul dan mengambil tindakan tidak mengendahkan gosip remeh itu. Namun, muncul pula cerita lain mengatakan Che Ta cuba mengawal Zain atau bersikap 'queen control' dengan menganggu waktu kerja aktor itu di lokasi penggambaran. Bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia ini didakwa sering menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zain, 29.

BACA:
Zain Saidin tutup akaun Instagramnya demi Rozita

Rozita Che Wan sah bahawa beliau bakal kahwin bulan Julai
Rozita Che Wan mengaku pergi bercuti dengan Zain Saidin
Gambar bogel Rozita Che Wan tersebar?
Anak Datuk K berjumpa Rozita Che Wan


Che Ta yang menyangkal dakwaan itu mengatakan cerita itu adalah karut kerana dia dan buah hatinya itu tidak pernah mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.

"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau menganggunya ketika dia sedang bekerja," jelasnya menerusi mStar.

Che Ta juga tidak tahu sama ada cerita tidak benar itu sengaja digembar-gemburkan untuk memburukannya atau ada pihak yang iri hati dengan hubungannya itu.

Dalam perkembangan lain, Rozita kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri "Rumah Kedai" serta beberapa hal lain sebelum menyambut Aidilfitri.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 3 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Right at Home: making a premier design show
    KIM COOK - Associated Press
    Right at Home: making a premier design show 10 minutes ago
    Right at Home: making a premier design show

    NEW YORK (AP) — This year's Architectural Home Design Show, one of the industry's premier events, was attended by tens of thousands of interior designers, architects and design enthusiasts looking for inspiration. Few could have imagined all the effort and organized chaos that went into making it. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …