Sajian ala HK & barat di KungFu Paradise

28 Jun - Haiyak! Ingin mencari sajian Asia dan Barat di satu lokasi yang sama dengan harga berpatutan? Kunjungi KungFu Paradise yang baru sahaja membuka cawangan pertamanya di tingkat dua, pusat beli-belah terbaru, Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Meraikan kehebatan dua dunia seni kulinari, KungFu Paradise menawarkan roti bakar ala Hong Kong seperti KungFu Bun dan KungFu French Toast, salad, dim sum, mee, pasta serta sajian terkenal KungFu Paradise, nasi bakar (baked rice).

Bagi penggemar kopi bolehlah mencuba KungFu Stylo yang diperbuat daripada campuran biji kopi Arabica dan Robusta.

Salah satu makanan yang perlu dicuba oleh pelanggan adalah KungFu Bumger (tidak disalah eja) yang diperbuat dari isi ayam dengan sos istimewa Kung Pao.

Makanan keistimewaan KungFu Paradise iaitu KungFu Bake Rice turut dijual di medan selera pusat beli-belah Suria KLCC yang menawarkan pelbagai jenis nasi bakar seperti The Duo Master (ayam dan filet ikan bersama keju Mozzarella), Mushroom Bake Rice dan sebagainya mengikut pilihan pelanggan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Paradise Group Malaysia, Elyna Tan, restoran yang menampilkan rekaan rona warna oren dan merah itu mampu menampung 170 pelanggan pada satu masa dan sebuah tempat untuk dihabiskan masa bersama rakan-rakan dan juga keluarga.

"Pastinya KungFu Paradise adalah sebuah kafe yang menyajikan kepelbagaian makanan unik yang menyelerakan ala Hong Kong dan Barat dengan harga yang cukup berpatutan. Malah pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk makanan mereka disediakan.

"Buat pemegang kad kredit CIMB, kami juga mempunyai promosi di mana mereka boleh mendapat potongan diskaun 10 peratus daripada jumlah bil di KungFu Paradise sehingga 30 Disember 2012," ujarnya.

KungFu Paradise yang dimiliki oleh syarikat dari Singapura, Paradise Group Holdings turut mempunyai beberapa cawangan di negara Asia lain seperti China, Indonesia dan juga Thailand.

  • Tips jaga kecantikan mata
    Azwa Iela - Tupai
    Tips jaga kecantikan mata 2 hours 42 minutes ago
    Tips jaga kecantikan mata

    Kali ini kami ingin berkongsi dengan wanita-wanita di luar sana beberapa tips menjaga kecantikan mata anda. …

  • Cara buat rendang udang galah salai berkunyit
    Azwa Iela - Tupai
    Cara buat rendang udang galah salai berkunyit Thu, Jul 10, 2014 11:14 AM MYT
    Cara buat rendang udang galah salai berkunyit

    Kami ingin berkongsi dengan anda resipi memasak rendang udang galah salai berkunyit untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa. …

  • Laici Kang minuman berkhasiat ketika berbuka puasa
    Azwa Iela - Tupai
    Laici Kang minuman berkhasiat ketika berbuka puasa Wed, Jul 9, 2014 1:44 PM MYT
    Laici Kang minuman berkhasiat ketika berbuka puasa

    Tahukah anda bahawa air Laici Kang yang enak ini juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan? …