Sarah Ashraf puteri sulung Ashraf Muslim

Sarah Ashraf puteri sulung Ashraf Muslim

15 Apr – Pelakon kacak, Ashraf Muslim telah pun menamakan cahaya matanya sebagai Sarah Ashraf Mohd Ashraf seperti yang dilihat di laman Instagramnya beberapa hari lepas.

Dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik itu menyaksikan Ashraf telah mengadakan majlis tahnik di Masjid Muaz, Setiawangsa dan telah disempurnakan oleh saudara Habib Ali Zainal Abidin.

Ashraf juga melahirkan rasa syukurnya kerana kerana semuanya berjalan dengan lancar dah berharap agar peminat mendoakan supaya puterinya itu menjadi anak solehah dan mulia serta sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Terdahulu, Sarah yang dilahirkan oleh ibu kandungnya, Wan Sakinah pada 5 April lalu di Pusat Perubatan Tropicana turut disambut oleh isteri pertama Ashraf, Noor Dayana.