"Saya akui kini rapat dengan seseorang"- Nora Danish

24 Jul - Pelakon jelita yang juga merupakan janda, Nora Danish tidak pernah terlepas daripada berdepan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.

Nora yang kini sudah empat tahun bergelar janda sebelum ini pernah dikatakan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, namun ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang membabitkan dirinya berlalu begitu sahaja.

Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, wanita berusia 30 tahun ini berkata semuanya terserah kepada jodoh.

"Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia buka keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.," ujar Nora kepada Kosmo! ketika ditemui semasa rakaman program Irama di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurut Nora, dia mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anaknya yang semakin membesar dan juga kerjaya seninya yang semakin berkembang, jadi dia jarang terfikir mengenai perkahwinan.

Nora tidak menafikan ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, malah ada juga yang sanggup menerima statusnya sebagai janda yang mempunyai seorang anak.

Namun Nora menjelas dia tidak mahu terburu-buru dalam mencari teman baru supaya tidak tersalah dalam membuat pilihan.

"Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, Cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.

"Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan ceritakan," katanya.

Sementara itu, Nora memberitahu bahawa dia akan berehat seketika daripada aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.

"Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi filem 2 Kalimah bersama Shaheizy Sam dan selepas itu saya cuma menerima tawaran untuk mengacarakan program Irama yang akan disiarkan di TV3 pada hari raya ketiga," jelasnya.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 20 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes
    Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes

    LOS ANGELES (Reuters) - Netflix Inc's streaming video service will be integrated into TiVo Inc set-top boxes provided by Atlantic Broadband, Grande Communications and RCN, the cable providers said on Thursday. The deals are the first in the United States to bring Netflix as an app to cable set-top boxes. Netflix has similar arrangements with operators in Europe. (Reporting by Lisa Richwine; Editing by Steve Orlofsky) …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.