SEKRETARIAT SOHONISTA DIWUJUD UNTUK BANTU WANITA BERNIAGA SECARA 'ONLINE'

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga

Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat Kebangsaan Sohonista khusus

untuk membantu wanita yang menjalankan perniagaan secara ''online''.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata istilah Sohonista

yang membawa maksud ''small office, home office'' dan dari wanita untuk wanita,

merupakan inisiatif Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memperkasakan ekonomi

kaum Hawa atas prinsip setiap wanita perlu mempunyai ''dompet'' sendiri.

Menurutnya, idea mewujudkan sekretariat itu timbul kerana ramai wanita

terutama mereka yang baru berkahwin atau mempunyai keluarga kecil terpaksa

meninggalkan karier berikutan masalah tidak mempunyai pembantu rumah.

"Saya lihat mereka ini yang mempunyai idea, sumber dan kemahiran mula

berniaga dari rumah secara online, tetapi ada kalanya mereka menghadapi

rintangan untuk mendapatkan bantuan

"Sohonista juga tidak semata-mata tertumpu kepada wanita kerana kami juga

terbuka kepada golongan lelaki yang mahu turut serta dalam program ini," katanya

kepada pemberita selepas merasmikan bazar Sohonista pertama di sini.

-- LAGI

SHAHRIZAT-SOHONISTA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Turut hadir Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari yang juga Pengerusi

Sohonista.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata sekretariat itu akan membantu mereka

yang terlibat dalam bidang perniagaan online mendapatkan bantuan seperti nasihat

dan kewangan.

"Contohnya, semalam Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melancarkan

Dana Usahawan Muda bernilai RM50 juta khusus untuk golongan belia yang ingin

memulakan atau mengembang perniagaan sedia ada.

"Tapi mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara atau ke mana mereka

perlu pergi untuk memohon dana itu, jadi kami akan bertindak sebagai

perantaraan kepada mereka," kata Shahrizat yang turut melancarkan laman web dan

aplikasi mobil Sohonista di www.sohonista.my.

Majlis pelancaran itu disertai lebih 80 usahawan Sohonista dan dimeriahkan

dengan kewujudan 30 gerai yang menjual pelbagai barangan seperti tudung, pakaian

dan barangan perhiasan.

Turut mengambil peluang berniaga ialah artis seperti Atilia, Yasmin Hani dan

Daphne Iking yang menjual beg, baju dan tali pinggang yang sebelum ini dijual

secara online.

-- BERNAMA

SSS MAM NHD

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 11 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows
    Jennifer Saba and Lisa Richwine - Reuters
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows 23 minutes ago
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows

    By Jennifer Saba and Lisa Richwine NEW YORK/LOS ANGELES (Reuters) - Technology powerhouses like Microsoft Corp and AOL Inc are flexing their muscles as storytellers, parading TV network-style shows before advertisers at an annual digital content showcase in New York next week. With an eye on the big bucks such shows can command, Microsoft will trot out a football reality show called "Every Street United." Sony Corp's digital network Crackle will serve up Jerry Seinfeld's "Comedians in Cars …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.