Selebriti tempatan yang bakal jadi ibu


Kebelakangan ini, sering kita dengar berita tentang artis-artis tempatan yang disahkan hamil ataupun telah menyambut anak mereka ke dunia.

Misalnya, penyanyi terkenal negara Ning Baizura telah menyambut cahaya mata pertamanya, Ryan Sky Dalton, pada bulan Januari lalu. Baru-baru ini juga, isteri kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei, Wong Mew Choo, telah melahirkan anak pertama mereka, Kingston Lee.

Berikut adalah senarai artis-artis tempatan yang bakal mengikut jejak mereka:



DIANA DANIELLE

Walapun berita kehamilan aktres jelita itu selepas enam minggu berkahwin dijadikan topik hangat, namun Diana dan suaminya, Farid Kamil, tetap bersyukur apabila Diana disahkan hamil.
BACA: Farid Kamil gembira Diana Danielle disahkan hamil


NATASHA HUDSON
Aktres itu dan suaminya, Carleed Khaza, telah menerima berita baik pada bulan September lalu. Bayi itu merupakan kandungan pertama Natasha bersama Carleed.
BACA: Natasha Hudson disahkan hamil



IRMA HASMIE


Pengacara popular itu telah disahkan berbadan dua pada bulan Ogos lalu, hasil daripada perkahwinan beliau dengan Redza Shah pada akhir bulan Jun yang lalu.
BACA: Irma Hasmie disahkan mengandung



SHARIFAH SOFIA
Aktres berdarah kacukan Melayu dan Scotland itu telah memuat naik sekeping gambar ‘scan’ ke akaun Twitternya yang menunjukkan beliau kini sedang hamil anak kedua.