Advertisement

Sentiasa tampil segar & bertenaga

Sentiasa tampil segar & bertenaga

11 Apr - Buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk menyerlahkan penampilan disamping mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Malah rasanya yang manis dan harganya pula murah dan juga boleh menyempurnakan diet anda memandangkan ia mudah didapati. Oleh itu, gantikan makanan tidak berkhasiat seperti snek kepada buah-buahan.

Jenis-jenis buah-buahan yang boleh didapati adalah seperti tembikai,pisang,mangga,betik dan kiwi mempunyai khasiat-khasiat yang tertentu . Antara khasiat buah-buahan ini adalah vitamin C dan juga vitamin A . Buah-buahan yang mengandungi vitamin C dapat membantu anda memulih dan menambah tisu tubuh badan selain memantapkan sistem imunisasi. Vitamin C turut dapat mencerahkan kulit wajah.

Jika anda mempunyai masalah penglihatan seperti rabun terutamanya rabun malam, vitamin A adalah penawar terbaik. Kandungan dalam vitamin A dapat membantu memulihkan masalah penglihatan serta mampu melawan penyakit.

Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memilih buah yang mempunyai vitamin A, pilih buah-buahan yang berwarna merah, oren atau kuning kerana kandungan Carotenoids di dalamnya mampu bertukar kepada vitamin A ketika proses penghadaman berlaku.

Manakala buah-buahan seperti nenas, avocado, kismis, epal, anggur dan limau mandarin mempunyai khasiat serat , potasium dan juga protein yang bagus untuk kesihatan. Serat membantu anda melawan penyakit kanser, menurunkan tahap kolestrol dan tahap gula dalam tubuh badan. Manakala protein pula adalah nutrisi yang terbaik untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, pening kepala, kesukaran untuk tidur dan juga masalah kulit kering.

Potasium juga satu nutrisi yang baik untuk mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu dimana ia juga membantu menguatkan otot. Oleh itu, tambahkan buah-buahan yang mengandungi potasium dalam diet harian anda kerana ia juga mampu menyelesaikan simptom-simptom seperti tekanan darah tinggi, diebetis dan kelemahan memori.

Oleh itu makanlah buah-buahan segar yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan anda.