Sepuluh pelakon suara anda perlu tahu

  • Raw: Massive 7.2 Earthquake Rocks Mexico

    Raw: Massive 7.2 Earthquake Rocks Mexico

    Raw: Massive 7.2 Earthquake Rocks Mexico

    A powerful 7.2 magnitude earthquake struck in Southern Mexico Friday causing homes and businesses to crumble and forcing residents out into the streets. (April 18) …

  • Captain of Sunken SKorean Ferry Arrested

    Captain of Sunken SKorean Ferry Arrested

    Captain of Sunken SKorean Ferry Arrested

    Police arrested the captain and two other crew members of the South Korean ferry that sank two days ago, leaving more than 270 people missing and 29 people dead, the Yonhap news agency reported Saturday. (April 18) …

  • Raw: Fire Destroys 3 N.J. Beachfront Homes

    Raw: Fire Destroys 3 N.J. Beachfront Homes

    Raw: Fire Destroys 3 N.J. Beachfront Homes

    A massive fire destroyed three beachfront homes on the Jersey Shore Friday evening. Amateur video captured an up-close look at the flames. No injuries reported. (April 18) …

Anda mungkin pernah menyukai Bugs Bunny atau menghabiskan masa anda menonton "Spongebob Squarepants"? Adakah anda pernah mengumpul semua memoribilia Elmo dari "Sesame Street" atau merasakan suara Tommy Pickles dari "Rugrats" sangat comel? Adakah anda kenal siapa mereka di sebalik suara-suara kartun dan animasi ini?

KEVIN CLASH

Jika anda terjumpa Kevin Clash, anda pasti menyangka dia seorang lelaki bangsa Afrika-Amerika biasa. Namun begitu, Clash sebenarnya sangat terkenal di kalangan kanak-kanak seluruh dunia, cuma mereka tidak mengenali dirinya sebagai Kevin Clash. Tapi kalau anda sebut nama Elmo, si patung boneka merah yang comel di Sesame Street, semua orang akan tahu siapa dia. Selain daripada Elmo, Clash juga melakon suara watak-watak lain, termasuk Splinter, si tikus yang menjadi guru kepada "Teenage Mutant Ninja Turtles".

MEL BLANC

Lagenda lakon suara dan raja sebenar kemahiran melakon suara, Blanc telah membawa lebih 400 watak kartun sepanjang hidupnya. Lelaki yang dikenali sebagai "Lelaki Seribu Suara" ini telah bekerja selama 50 tahun dalam bidang lakon suara termasuk watak-watak kartun lagenda Looney Tunes seperti Bugs Bunny, Daffy Duck, Sylvester, Tweety dan Porky Pig. Malah ketika dia tersedar daripada koma akibat satu kemalangan, Blanc telah bercakap dengan suara kartunnya sebelum dia menemui suaranya yang sebenar.

PHIL HARRIS

Ingat tak era di mana kebanyakan filem animasi Disney dibuat dalam bentuk haiwan? Bintang radio, Phil Harris menjadi suara utama dalam kebanyakan filem tersebut. Dialah watak beruang bernama Baloo dalam "The Jungle Book", dialah Little John si beruang dalam "Robin Hood" dan dialah si kucing Thomas O'Malley di dalam "The Aristocats".

TOM KENNY

Tom Kenny semestinya ikon lakon suara milenium ini. Siapa tidak kenal suaranya yang sedikit menjengkelkan tetapi tetap menceriakan anda? Dialah suara di balik watak kartunkesayangan ramai, "Spongebob Squarepants". Dia juga melakonkan watak lain dalam kartun tersebut seperti Patchy the Pirate, Gary the Snail dan pencerita berbangsa Perancis yang diinspirasikan daripada Jacques Cousteau. Dialah Mayor dan pencerita dalam "The Powerpuff Girls" dan Rabbit dari "Winnie The Pooh". Dialah Karl dalam "Johnny Bravo" dan Mandark si musuh Dexter dalam "Dexter's Laboratory".

HANK AZARIA

Anda mungkin biasa melihat Hank Azaria di dalam filem. Anda juga mungkin mengenalinya sebagai teman lelaki Phoebe dalam sitkom "Friends". Namun begitu, pelakon, pengarah dan pelawak terkenal ini juga merupakan pelakon kebanyakan suara watak sokongan dalam animasi paling lama Amerika, "The Simpsons" selain beberapa animasi lain. Dialah si pemilik bar Moe Szyslak, pemilik kedai Apu Nahasapeemapetilon, ketua polis Chief Wiggum, Comic Book Guy, rakan karib Homer, Carl Carlson dan banyak lagi. Azaria banyak mengambil inspirasi suara pelakon terkenal untuk watak animasinya. Contohnya suara Moe diinspirasikan daripada suara pelakon Al Pacino.

E.G. DAILY

Elizabeth Ann Guttman merupakan seorang pelakon dan pemuzik. Namun begitu, anda mungkin lebih mengenali Daily sebagai si comel Tommy Pickles dalam "Rugrats" dan 'spin-off' kartun tersebut iaitu "All Grown Up!". Daily juga melakon suara Buttercup dalam "The Powerpuff Girls" dan Rudy Tabootie dalam "Chalkzone". Daily juga menyanyi dan melakon suara untuk watak si anak penguin bernama Erik dalam filem animasi "Happy Feet Two".

JOHN RATZENBERGER

Selain daripada wataknya sebagai Cliff Clavin dalam "Cheers", John Ratzenberger merupakan pelakon yang paling banyak melakonkan suara tambahan untuk filem-filem animasi Pixar. Antara animasi penglibatannya ialah Hamm the Piggy Bank dalam siri "Toy Story", P.T. Flea, ketua sarkas serangga dalam "A Bug's Life" (1998), The Abominable Snowman dalam "Monsters, Inc." dan "Monsters University" (tayangan 2013), sekumpulan ikan Moonfish dalam "Finding Nemo" (2003), The Underminer dalam "The Incredibles" (2004), Mack The Truck dalam siri "Cars", pelayan bernama Mustafa dalam "Ratatouille " (2007), John dalam "Wall-E" (2008) dan pekerja buruh binaan Tom dalam "Up" (2009).

GREY DELISLE

Grey DeLisle mungkin seorang penyanyi dan penulis lirik dengan empat buah album solo, tetapi DeLisle umpama ratu lakon suara. Dia banyak melakon suara watak yang kuat atau sarkastik seperti Kimiko Tohomiko dalam "Xiaolin Showdown", Princess Azula dalam "Avatar: The Last Airbender" dan Mandy dalam "The Grim Adventures Of Billy and Mandy " juga si jahat Vicky dalam "The Fairly OddParents". DeLisle juga mengalih suara untuk permainan video seperti watak Yangja dan Yoshen dalam "Escape From Monkey Island", pelbagai karakter dalam "Baldur's Gate II: Shadows of Amn", "Tomb Raider: Anniversary" dan "Tomb Raider: Underworld", selain beberapa buah permainan video "Star Wars". Selain itu, DeLisle juga bercakap dalam bahasa Jepun untuk karakter Yumi dalam animasi "Hi Hi Puffy AmiYumi".

STERLING HOLLOWAY

Sejak tahun 1941 sehinggalah 1977, Sterling Holloway telah melakonkan suara enam watak dalam enam filem animasi klasik Disney. Watak pertama yang diambilnya adalah burung botak dalam kisah si anak gajah malang "Dumbo". Tahun berikutnya, Holloway mengalih suara untuk watak seekor skunk bernama Flower yang menjadi rakan karib Bambi dalam "Bambi". Wataknya yang paling dikenali adalah watak Cheshire Cat dalam "Alice In Wonderland" (1951) dan kemudian watak ular sawa yang dibenci semua, si Kaa dalam "Jungle Book" (1967). Kemudian dia melakon suara sebagai Roquefort dalam "The Aristocats". Namun begitu, Holloway menjadi pelakon suara paling terkenal kerana wataknya yang terakhir, iaitu patung beruang kesayangan ramai, Winnie the Pooh dalam "The Many Adventures Of Winnie The Pooh" pada tahun 1977.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 12 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Boston prepares for huge wave of marathon visitors
    PHILIP MARCELO - Associated Press
    Boston prepares for huge wave of marathon visitors 1 hour 7 minutes ago
    Boston prepares for huge wave of marathon visitors

    BOSTON (AP) — With an expanded field of runners and the memory of last year's bombings elevating interest in one of the world's great races, the 2014 Boston Marathon could bring an unprecedented wave of visitors and an influx of tourism dollars to the area. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.