Shane Filan dari kumpulan Westlife berhutang

10 Apr – Shane Filan, salah seorang anggota kumpulan muzik popular yang berasal dari Ireland, iaitu Westlife yang juga popular dengan lagu-lagu seperti "Swear It Again", "Flying Without Wings" dan "If I Let You Go" dikatakan berhutang sebanyak £4 juta (RM20 juta) untuk syarikat hartanahnya dan bakal dikenakan tindakan mahkamah.

Syarikat penyanyi itu, Shafin Developments Ltd telah menghadapi masalah dan ianya kini dikatakan telah berhutang sebanyak £4 juta.

Akhbar dari United Kingdom,The Sun melaporkan bahawa Shane telah pun memohon dalam minggu ini untuk mengadakan perjanjian di London untuk menubuhkan satu pelan pembayaran balik selepas Bank of Ireland mengejarnya ke atas hutang yang tidak dibayar.

Syarikat berkenaan, yang telah ditubuhkan oleh Shane dan juga dua orang ahli keluarganya, bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada penyanyi itu berikutan kumpulan muzik penyanyi tersebut, Westlife dibubarkan untuk selama-lamanya.

Tetapi malangnya, rancangan penyanyi itu untuk menjadi jutawan hartanah telah memakan dirinya sendiri dan menurut satu sumber kepada akhbar The Sun:

"Syarikat hartanah ini telah dibebani dengan hutang-hutang yang berjumlah jutaan pounds. Ia juga merupakan satu masa yang teruk untuknya melabur dalam hartanah di tengah-tengah krisis ekonomi global ini. Dia kini di dalam keadaan terdesak."

Syarikat tersebut dikatakan sedang merancang untuk membina pembangunan, pusat komuniti, unit-unit pejabat, klinik swasta, gimnasium, pusat jagaan kanak-kanak, dan 68 unit rumah di Sligo, Ireland, tetapi sehingga kini tiada satu pun yang dibina.

Walau bagaimanapun Shane mungkin masih ada harapan yang baik di sebalik masalah yang dihadapinya, kerana pengurus Shane, Louis Walsh telah memaklumkan bahawa Shane Filan bakal mempunyai kejayaan dalam kerjaya solonya selepas pembubaran kumpulan muzik itu.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 19 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes
    Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes

    LOS ANGELES (Reuters) - Netflix Inc's streaming video service will be integrated into TiVo Inc set-top boxes provided by Atlantic Broadband, Grande Communications and RCN, the cable providers said on Thursday. The deals are the first in the United States to bring Netflix as an app to cable set-top boxes. Netflix has similar arrangements with operators in Europe. (Reporting by Lisa Richwine; Editing by Steve Orlofsky) …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.