Sharifah Sakinah: “Saya bukan jenis hipokrit"

MELAKAR hidup sebagai seorang selebriti, Sharifah Sakinah memang tidak sunyi dari kontroversi. Apatah lagi beliau mula terkena tempias glamornya apabila dikatakan mencari ‘publisiti murah’ dengan memuat naik klip video (yang merupakan sebuah parody) di laman Keeknya bulan lalu.

Sejak itu, gadis berusia 24 tahun ini semakin menjadi-jadi memuat naik klip-klip video ‘nakal’ di laman Keeknya. Klip tersebut mendapat jolokan nama, ‘saya pakai spender merah, bra merah’ yang menyebabkan dirinya dikritik hebat oleh peminatnya.

“Saya akui yang ada segelintir peminat yang mula memandang serong pada saya. Tapi, ini hanyalah ujian pertama saya sejak menjadi seorang artis. Pengalaman ini mengajar saya menjadi seorang yang kuat dan tabah,” katanya ringkas.

Sakinah yang merupakan adik kepada bekas pelakon Datin Seri Sharifah Haslinda dan personaliti TV dan pelakon Sharifah Shahirah ini memang memiliki aura tersendiri. Muda, berani dan vokal.

Sharifah Sakinah mohon maaf muat naik video berunsur lucah

“Saya bukan seorang hipokrit. Saya selesa menjadi siapa diri saya yang sebenar. Saya faham jika ramai ‘haters’  di kalangan peminat saya yang mengkritik saya hebat tapi, ini adalah diri saya. Saya memang seorang yang gila-gila dan happy-go-lucky,” katanya lagi.

Dikaitkan dengan hal-hal kontroversi, Sakinah tidak mahu terus di ekor kontroversi selamanya. Juga dia tak rela namanya tergolong dalam kelompok artis sensasi gara-gara putus cinta dan sebaliknya.

BACA:
Sharifah: 'Saya memang sedang bercinta dengan anak Erma Fatima'

Sharifah Sakinah mohon maaf muat naik video berunsur lucah
Julia Ziegler dan Sharifah Sakinah bergaduh?

“Albab ada juga menasihati saya tentang liku-liku hidup selebriti. Keluarganya semua anak seni dan saya perczaya dia dapat membimbing saya secara positif,” katanya lagi.

Sebagai anak seni, kata Sakinah, dia mempunyai cita-cita besar dalam dunia hiburan. Impiannya hampir sama dengan impian banyak pelakon lain iaitu mencari seberapa banyak ruang untuk menonjolkan bakat dan kehebatan.

Paling utama, gadis lincah ini tidak mahu dikenali hanya sebagai pelakon yang popular kerana cerita hangat atau kontroversi, tetapi sebagai pelakon versatil dan berkaliber.

“Albab begitu memahami karakter saya yang begitu menonjol. Dan dia tahu yang saya suka berjenaka dan mengusik. Apatah lagi keluarga saya yang memang sudah masak dengan karakter gila-gila saya ini,” katanya.

Tambahnya, dia tidak langsung tergugat dengan kritikan yang diterima.

I’m just having fun (saya hanya mahu bersuka ria),” katanya ringkas.

Sakinah yang memang rapat dengan ibu serta kakaknya berkata, ibunya turut menasihatinya untuk menjaga diri dan bersikap tabah.

Bercerita tentang video Keeknya yang menimbulkan kontroversi bulan lalu, Sakinah hanya ingin bergurau dengan rakan-rakan artis di lokasi penggambaran.

“Bila ianya dimuat naik di laman Keek seorang rakan artis, video tersebut mula tersebar luas dan  mendapat kritikan hebat dari peminatnya.

“Percayalah, pengalaman ini membuatkan saya lebih berani dan tabah. Ini adalah ujian bagi diri saya semenjak menceburkan diri dalam dunia hiburan. Saya percaya yang selepas ini saya boleh menajdi lebih tabah menghadapi cabaran sebagai anak seni,” katanya.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 3 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Tips, serious and not, for keeping squirrels away
    SARAH WOLFE - Associated Press
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away 9 minutes ago
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away

    They're vermin to some. Cunning adversaries to others. Squirrels have long been a source of fascination and frustration for gardeners and bird enthusiasts engaged in a near-constant battle to keep them away from the nuts and seeds put out for birds. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.