Advertisement

Sharnaaz Ahmad mahu selesai kemelut dengan Lisdawati

Sharnaaz Ahmad mahu selesai kemelut dengan Lisdawati

24 Apr – Pelakon yang sentiasa dihimpit kontroversi, Sharnaaz Ahmad mahu bertemu dengan pelakon Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi selepas aktres itu bersalin kerana mahu menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara mereka ketika penggambaran drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".

"Pergaduhan saya dan Lisdawati itu biarlah berlalu, tetapi saya rasa ia patut diselesaikan kerana saya tidak mahu kalau saya mati, mata tidak tertutup rapat.

"Tapi tunggu masa yang sesuai mungkin selepas dia beranak dahulu baru bincang," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Pada Februari lalu, Lisdawati mendakwa diserang dan diugut oleh aktor berusia 29 tahun itu ketika penggambaran drama berkenaan dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati berkata, jika Sharnaaz ingin menjernihkan keadaan dia tidak perlu menunggu sehingga dia bersalin.

"Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin.

"Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai."