Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf


KEKECEWAAN yang pernah bersarang di hati penyanyi Shila Amzah mungkin menjadi satu pengajaran besar buat dirinya. Apatah lagi, sang pelantun "Dejavu" dilanda kontroversi pada suatu masa ketika namanya sedang mekar dan kian meniti di bibir peminat muzik tanahair.

Mungkin itu antara sebab yang membuatkan beliau terpanggil menasihati rakan seperjuangannya dan pendatang baru dunia lakonan, Afiq Muiz yang sedang hangat diperkatakan selepas dilaporkan ‘mengabaikan’ ibu dan keluarganya akibat terlalu asyik mengejar glamor dan hanyut dalam populariti.

Kemesraannya dengan pelakon baru, Eina juga turut dikatakan sebagai ‘penyebab’ hubungannya dan keluarga renggang.

BACA:
Afiq Muiz kesal dilabel anak derhaka

Hubungan ND Lala dan Shila Amzah regang?
Bapa kesal dengan sikap derhaka Najwa Latif

Beberapa hari lalu, Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah telah tampil untuk membela dirinya.

Tidak lama dahulu, Shila pernah terbabit dalam konflik keluarga gara-gara bekas teman lelakinya telah menulis kepada Afiq melalui laman Twitternya menasihati rakan artis itu untuk berubah, belajar dari kesilapan sendiri dan mengamalkan sikap keterbukaan.