Shiro nafi dakwaan ambil dadah

Shiro nafi dakwaan ambil dadah

18 Apr – Kumpulan pelawak popular, Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak menafikan dakwaan bahawa mereka mengambil dadah dan menganggap ia adalah satu cubaan untuk menjatuhkan nama mereka.

Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 30, berkata, "Saya tak pernah ambil barang terlarang. Apa yang penting kami (Shiro) memang 'clean'!

"Baru pertama kali saya dengar cerita yang kaitkan saya dengan bahan terlarang ini. Kalau difikirkan, badan besar macama saya ini takkanlah ambil benda-benda macam itu. Yang penting saya memang tak pernah ambil ganja atau apa saja jenis dadah.

"Lagipun saya tak percaya dengan benda macam ini. Ia boleh mengganggu perjalanan kerja dan menjejaskan karier saya," ujarnya.

Ajak turut menambah, "Mengapa pula kami nak buat benda yang tidak berfaedah ini? Ia hanya akan menjejaskan periuk nasi kami.

"Saya tak faham kenapa ada tuduhan kepada kami. Saya harap tiada lagi khabar angin sebegini."

Dalam perkembangan lain, Shiro bakal ke Perth, Australia bersama aktres Hanez Suraya dan Sheila Rusli untuk penggambaran "Ketuk-ketuk Ramadhan" awal bulan Mei ini.