Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah?

Adakah aktres tempatan Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein?

JIKA pemain bola nombor satu negara yang kini menjadi ayam tambatan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali baru sahaja sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof dan tidak lama dulu penjaga gol Kelantan yang juga penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat gempar dengan isu putus tunangnya bersama Elia, lain pula halnya dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein.

Benar, mungkin Adney tidak sepopular Safee atau Khairul Fahmi. Dan apa halnya pula tiba-tiba nak cerita tentang Adney. Memang kena cerita sebab Adney kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon cantik, Siti Saleha. Aktres cantik Siti Saleha ini merupakan pemegang karakter Nora Elana dalam drama TV popular “Nora Elana” yang disiarkan tahun lalu.

Hal itu disahkan sendiri oleh Saleha. Katanya dia kini sedang bercinta dengan Syed Adney yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea. Ia juga bagi menjernihkan salah faham segelintir pihak yang mendakwa kekasihnya merupakan penjaga gol Kelantan.

“Dia merupakan penjaga gol negeri Sabah, bukan Kelantan seperti ada yang salah anggap,” ujar Saleha tanpa berselindung sewaktu ditemui di set penggambaran filem terbaru lakonannya, “KL Zombie” di bawah arahan Woo Ming Jin.

Menariknya hubungan mereka bukan pertama kali terjalin sebagai kekasih, tetapi ini adalah hubungan cinta kali kedua buat mereka berdua.

“Kami pernah bercinta dan hubungan itu putus, tetapi kini kami kembali menjalin hubungan kerana masih mempunyai perasaan sayang lagi di antara satu sama lain,” luah Saleha yang juga memberitahu hubungan dia dengan keluarga Adney juga rapat terutama hubungannya dengan ibu Adney.

Baru berusia 22 tahun, kata Saleha walaupun hubungan kali kedua ini lebih serius berbanding yang pertama dahulu, namun dia tidak terfikir ke arah perkahwinan. Apa yang menjadi fokus buat mereka adalah kerjaya yang semakin berkembang.

“Kami sama-sama sibuk dan tidak terfikir tentang itu lagi. Walaupun sibuk dan jarang berjumpa, kami selalu berhubung dengang menggunakan teknologi masa kini seperti Skype," katanya lagi.
Tambahnya lagi sikap Adney yang begitu terbuka dan memahami kerjayanya sebagai seorang artis membuatkan dia selesa bercinta dengan jejaka tersebut.

Ditanya mengapa dia begitu terbuka bercerita tentang hal cintanya, ujar Saleha tidak ada apa yang perlu disembunyikan, namun tegasnya dia tahu di mana batasan untuk dia berhenti bercerita tentang kisah peribadinya kepada umum.

Sementara itu pada perkembangan lain, adik kepada vokalis grup Bunkface, Sam itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, “KL Zombie” bersama Zizan “Raja Lawak”, Faezah Elai dan ramai lagi.

Ujarnya: “Saya agak teruja kerana terbabit dalam filem ini kerana ada adegan lasak yang harus saya lakukan sendiri sehingga lebam-lebam badan, tapi saya puas.”

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 8 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 21 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.