SMKB 2 janjikan keseronokan dalam elemen seram komedi

SMKB 2 janjikan keseronokan dalam elemen seram komedi

18 Apr – Selepas kejayaan filem "Suatu Malam Kubur Berasap" (SMKB) pada tahun 2011, pengarah filemnya, Ernie Chen kembali dengan filem sekuel SMKB 2 yang bakal menjengah pawagam bulan hadapan.

Menurut Ernie, SMKB 2 kali ini akan menjanjikan lebih keseronokan dalam elemen seram komedi dan ditambah dengan pengalaman pelakon sebagai peserta "Maharaja Lawak" telah membantu para pelakon dalam menjiwai watak dengan baik.

"Seperti mana yang kita tahu, Shiro sememangnya mempunyai sentuhan yang tersendiri, tambahan mereka juga merupakan naik juara dalam program "Maharaja Lawak Mega 2013".

"Selain itu, juara "Maharaja Lawak Mega 2013", Rahim Sepahtu turut membintangi filem ini disamping kumpulan Bocey iaitu gandingan Abam dan Fadzlie dan juga kumpulan Cuit," kata Ernie yang ditemui pada majlis pelancaran pertandingan karaoke dan muzik video "Suatu Malam Kubur Berasap 2" di Red Box Ria, KL Sogo.

Tambah Ernie lagi, selain menampilkan pelakon-pelakon dari peserta "Maharaja Lawak", SMKB 2 akan turut menampilkan pelakon komedi popular, Azad Jazmin, pelakon jelita Soo Wincci dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Ernie berkata, untuk filem terbarunya ini dia telah menerapkan dengan idea-idea kreatif yang pastinya akan memberikan kelainan yang bakal mencuit hati para penonton.

Filem terbitan outLOUD Studios ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam negara pada 12 Jun 2014.