Advertisement

Sony lancar telefon selfie pertama

Sony lancar telefon selfie pertama

12 Jul – Berikutan sekarang ini trend selfie menjadi kegilaan seluruh dunia, syarikat Sony Corporation telah melancarkan telefon pintar selfie pertama yang dikenali sebagai Xperia C3.

Telefon selfie ini mempunyai kamera hadapan 5 megapixel yang mana disokong dengan LED Flash yang membolehkan mengambil gambar dalam lokasi gelap.

Dipetik dari Mynewshub, Xperia C3 turut dikatakan mempunyai sudut rakaman sehingga 80 darjah dan hadir dengan mod rakaman 'Superier Auto' untuk mengoptimasikan imej mengikut keadaan cahaya.

Malah, C3 juga mempunyai sokongan dwi-tap pada kerangka belakang, selain menggunakan butang shutter seperti biasa. Mod khas untuk rakamkan secara automatik ketika pengguna senyum turut hadir pada peranti ini.

Telefon pintar selfie ini mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci Triluminous dengan paparan 720x1280 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 1.2Ghz empat-teras, memori 1GB RAM, kamera belakang 8 megapixel serta bateri berkapasiti 2500mAh.

C3 ini akan menggunakan Android 4.4 KitKat dan dilengkapi antara muka khusus daripada Sony.

Sony Xperic C3 ini akan mula dipasarkan pada bulan Ogos depan bermula di China.