Tali pinggang antara barangan wajib wanita

7 Sept – Setiap pada mereka yang gemar memakai seluar pasti mempunyai koleksi tali pinggang dari pelbagai bentuk dan jenama. Namun begitu, ianya bukan sahaja berfungsi sebagai mengetatkan lilitan seluar.

Malah ianya merangkumi aspek fesyen dan juga penampilan seseorang.

Maksud lain bagi si pemakai tali pinggang adalah, jika anda memakai baju tshirt dipadankan dengan seluar jeans, apabila anda mengenakan tali pinggang kulit, secara automatic ianya akan menjadi satu gaya ataupun fesyen yang versatile.

Umumnya, tali pinggang lelaki lebih sederhana dari segi reka bentuk, material dan warna. Berbanding tali pinggang wanita, rekaan tali pinggang lelaki cenderung bersifat klasik. Ini dapat dilihat melalui bentuk kepala tali pinggang, warna material serta jenis bahan yang digunakan untuk tali lilitan.

Pemilihan tali pinggang untuk digayakan ke pejabat atau acara rasmi harus menepati tema dan kesesuaiannya. Kesalahan ketara dari segi pemilihan tali pinggang sering dilihat pada kepala tali pinggang.

Bagi majlis rasmi, tali pinggang harus menampakkan kedewasaan pemakai melalui reka bentuk kepala yang tidak terlalu menonjol dan besar. Reka bentuk segi empat mahupun bulat yang selari dengan tali adalah ciri-ciri sempurna tali pinggang.

Tali kulit dilihat paling selamat untuk digayakan ke pejabat dengan disesuaikan pula dengan kasut kulit rona sama. Tali pinggang yang digayakan ke majlis rasmi haruslah padan dengan aksesori seperti jam tangan dan kasut.

Usah ragu-ragu memilih reka bentuk kepala tali pinggang besar. Pemilihan tali pinggang untuk ke acara santai harus lebih menyerlah. Tali lilitan berjalur dan bahan material seperti kulit, plastik, PVC dan getah adalah pilihan terbaik. Lelaki moden juga haruslah berani berfantasi dengan warna asalkan tali pinggang diikat sesuai dengan tema majlis.

Bagi yang kurang arif, tali pinggang mempunyai pelbagai saiz yang sesuai mengikut saiz pinggang. Jika pinggang berukuran sederhana, pilihlah tali pinggang dengan ukuran saiz beberapa inci lebih besar untuk pemakaian selesa.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 10 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows
    Jennifer Saba and Lisa Richwine - Reuters
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows 8 minutes ago
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows

    By Jennifer Saba and Lisa Richwine NEW YORK/LOS ANGELES (Reuters) - Technology powerhouses like Microsoft Corp and AOL Inc are flexing their muscles as storytellers, parading TV network-style shows before advertisers at an annual digital content showcase in New York next week. With an eye on the big bucks such shows can command, Microsoft will trot out a football reality show called "Every Street United." Sony Corp's digital network Crackle will serve up Jerry Seinfeld's "Comedians in Cars …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …