Advertisement

Tampil bergaya & santai dengan topi!

Tampil bergaya & santai dengan topi!

22 Apr – Cuaca panas ketika ini pasti membuatkan si jelita inginkan pelindungan daripada pancaran sinaran cahaya yang menembusi kulit.

Selain berguna untuk perlindungan daripada panas terik, si pemakai juga boleh menggayakannya secara santai dan bersahaja.

Bagi si pemakai yang bijak bergaya, pasti pemilihan warna hitam menjadi pilihan. Ini kerana rona warna tersebut dapat memadankan dengan segala warna yang digayakan.

Topi besar berwarna hitam dengan riben coklat dikenali sebagai 'Sunhat' memberikan personaliti anggun kepada si pemakai. Topi besar juga dapat melambangkan kemegahan si pemakai tatkala melakukan langkahan hebat.

Dengan gabungan 'dress' pendek pada musim panas, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. Kombinasi sepatu tinggi dan beg tangan besar daripada rona senada, mampu memudahkan si cantik bergaya dengan mudah.

Selangkah demi selangkah memberikan keyakinan dan keberanian terhadap si pemakai apabila melakukan penambahan aksesori topi ketika bergaya.

Kemewahan dalam pengayaan. Itu yang digambarkan bagi si pemakai yang memilih fesyen sebegini untuk di pamerkan.