Advertisement

Tidur lena dengan SleepPhones

Tidur lena dengan SleepPhones

20 Apr – Tidur yang cukup tanpa gangguan adalah perkara penting untuk kesihatan anda. Ini kerana tidur yang mencukupi akan memberikan anda masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu anda untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari. Memetik dari laman sesawang SleepPhones.com, kadang-kala apabila anda hendak masuk tidur, ada sahaja gangguan sama ada dari segi luaran seperti bunyi bising atau anda memikirkan sesuatu. Tetapi itu semua boleh diatasi dengan produk terbaru SleepPhones.

SleepPhones adalah produk 'headband' yang dipakai di sekitar kepala akan mengeluarkan bunyi halus atau anda boleh memilih jenis muzik yang anda inginkan seperti lagu menenangkan atau boleh mendengar bunyi ikan paus di dasar laut, hujan renyai ataupun bunyi-bunyian yang memberikan ketenangan kepada anda.

Diperbuat daripada bahan berkualiti, SleepPhones ini akan membantu anda untuk mendapat tidur yang lena tanpa sebarang gangguan.