Tip rambut cepat tumbuh

28 Feb – Kita semua idamkan rambut lebat dan ramai yang pasti tertanya-tanya, bagaimana rambut seseorang itu boleh tumbuh cepat berbanding dengan orang lain? Jika anda ingin tahu, semuanya bergantung kepada diet pemakanan, yang memainkan peranan penting dalam mendapatkan rambut sihat.

Memandangkan rambut dibuat dari protein, ia akan tumbuh lebih panjang dalam jangka waktu pendek sekiranya lebih banyak protein diambil. Oleh itu, amalkan memakan makanan berprotein seperti telur dan avokado pada waktu pagi.

Pengambilan sayuran seperti kubis, bayam dan daun salad juga amat penting untuk makanan tengahari. Untuk makan malam pula, biasakan diri memakan makanan berprotein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Kacang walnut juga elok diambil sebagai snek untuk menjaga kesihatan kulit kepala.

Makanan tambahan yang boleh diambil adalah seperti biotin, yang juga dikenali sebagai B7 dan membantu mengawal kesihatan rambut dan kuku. Di samping itu, anda juga digalakkan mengambil viviskal, iaitu sebuah makanan tambahan yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengandungi biotin, zink, besi dan minyak ikan. Ramai model mengambilnya selepas sibuk dengan pertunjukan fesyen untuk menolong membaiki semula rambut.

Berikan penuh perhatian terhadap kulit rambut ketika mandi. Pastikan folikel rambut diurut dan dibersihkan dengan betul agar bebas dari kotoran yang menghindarkan pertumbuhan sihat. Syampu anti-kelimumur amat sesuai digunakan kerana berupaya mengelupas sel kulit mati.

Di samping itu, anda juga boleh membuat tonik rambut sendiri dengan menggunakan campuran cuka tuak epal dan air. Tonik buatan sendiri ini boleh membersihkan kulit kepala dari kotoran dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 20 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes
    Netflix makes deals to appear on first U.S. cable boxes

    LOS ANGELES (Reuters) - Netflix Inc's streaming video service will be integrated into TiVo Inc set-top boxes provided by Atlantic Broadband, Grande Communications and RCN, the cable providers said on Thursday. The deals are the first in the United States to bring Netflix as an app to cable set-top boxes. Netflix has similar arrangements with operators in Europe. (Reporting by Lisa Richwine; Editing by Steve Orlofsky) …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …