Tip-tip berfesyen untuk remaja

Minat golongan remaja kini terhadap fesyen sentiasa dapat kita lihat menerusi penampilan mereka yang menarik dan unik. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, pastinya mereka ingin tampak bergaya di hadapan teman-teman.

Pelbagai fesyen boleh digayakan mengikut kesesuaian majlis atau bentuk tubuh badan dan yang paling penting adalah pemilihannya yang tidak keterlaluan.

Tip-tip seperti yang disenaraikan di bawah boleh dijadikan panduan dalam memilih pakaian yang sesuai:

1. Pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.

2. Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan jenis pakaian mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai.

3. Hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya dewasa. Sebaliknya, pilihlah pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.

4. Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Contohnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.

5. Cuba cari perkembangan fesyen terbaru di majalah-majalah fesyen atau di Internet untuk dipertimbangkan sama ada ia sesuai atau tidak untuk digayakan. Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, sebaiknya pilihlah baju yang mementingkan bahagian pinggang. Bagi mereka yang bertubuh gempal pula, memakai gaun panjang boleh membuatkan anda kelihatan tenggelam, jadi cara selamat ialah pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.

Untuk tampil bergaya dengan fesyen yang menarik tidak semestinya perlu berbelanja besar tetapi anda haruslah bijak suai padan. Jadi, selamat mencuba!

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 10 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Kate shows off new royal style in Down Under tour
    SYLVIA HUI - Associated Press
    Kate shows off new royal style in Down Under tour 1 hour 39 minutes ago
    Kate shows off new royal style in Down Under tour

    LONDON (AP) — Kate's dilemma: What to pack for a two-week trip, when your itinerary includes everything from state receptions and church services to toddler playdates and cricket games? …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …