Advertisement

Uqasha Senrose enggan ulas mengenai Pekin Ibrahim

Uqasha Senrose enggan ulas mengenai Pekin Ibrahim

21 Apr – Sejak kebelakangan ini sering timbul isu hubungan cinta Uqasha Senrose dan pasangannya Pekin Ibrahim yang dikatakan tidak lagi sebulu.

Pasangan yang dilaporkan sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka ini dikhabarkan sudah menamatkan hubungan mereka secara diam-diam dan cuba mengelak dari pertanyaan media.

Menurut laporan media tempatan, Uqasha yang ditemui di sebuah majlis perasmian portal online media baru-baru ini enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit dan tidak mahu memikirkan hal percintaan.

Sebaliknya pelakon manis ini mahu terus fokus pada kerjaya lakonannya yang semakin menyerlah dan mahu berkerja keras untuk mencari rezeki demi membantu keluarganya.

"Saya tidak mahu menjawab mengenai hal kami dan lebih baik bertanya kepada dia sendiri. Ini semua takdir dan kami tidak lagi bincang tentang hubungan dan masing-masing sibuk dengan pengambaran," terangnya.

Spekulasi ini hebat diperkatakan apabila Uqasha telah memuat naik sekeping gambar dan menyatakan dia kini solo dan dia menjelaskan gambar terbabit hanya kata-kata sahaja dan memang dia tiada ikatan dengan mana-mana lelaki dan bebas berkawan dengan sesiapa sahaja.

Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sedang menjalani penggambaran drama "Kalau Itu Jodoh Kita" terbitan TV Al-Hijrah bersama beberapa pelakon lain seperti Qi Razali, Anzalna Nasir dan Pekin Ibrahim.