Wajah cantik dengan sentuhan Instagram

2 Ogos – Terdapat dua jenis pengguna Instagram di dunia ini iaitu pengguna yang ingin kelihatan seperti jurugambar profesional dan pengguna yang berangan menjadi model cantik dan menarik.

Memang suatu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan jika ada di kalangan anda yang masih tidak tahu tentang program ini yang terdapat dalam iPhone, iPad, iPod Touch serta telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Android.

Disebabkan penggunaannya yang sangat mudah berbanding Photoshop dalam menghasilkan gambar cantik, maka tidak hairanlah Instagram menjadi aplikasi kegemaran pengguna laman media sosial seperti Facebok dan Twitter, terutamanya golongan wanita.

Lebih-lebih lagi apabila tabiat selebriti seperti Kim Kardashian, Snooki, Rihanna dan Miley Cyrus yang gemar meletakkan gambar Instagram tanpa mekap di Internet menjadi ikutan ramai.

Untuk nampak lebih cantik dalam gambar Instagram, pertama sekali anda harus kenali penapis yang terdapat dalam program tersebut. Sama ada penapis digunakan adalah "Amaro" yang membuatkan kulit kelihatan cerah, "Earlybird" yang boleh memberikan kesan vintaj ataupun "X-Pro II" yang memberikan keseksian kepada kulit sawo matang serta membuatkan bibir kelihatan lebih merah, segalanya terpulang kepada citarasa dan gaya anda. Jika anda inginkan efek yang dinamik, pastikan penapis yang digunakan sesuai dengan wajah dan tona kulit agar gambar tidak nampak terlalu terik atau pudar.

Gambar yang cantik tidak boleh hanya bergantung kepada penapis sahaja kerana anda juga harus peka dengan situasi pencahayaan di sekeliling anda. Jika gambar kelihatan gelap, apa yang anda boleh lakukan adalah ubah sedikit pencahayaan itu untuk kurangkan kontur agar diri anda serta latar gambar kelihatan lebih cerah.

Dengan tips-tips mudah seperti ini, anda sudah tentu boleh mencuba pelbagai lagi penapis yang terdapat dalam Instagram. Siapa kata hanya model sahaja yang boleh kelihatan fotogenik?

  • Kate Moss muka baru Topshop
    Azwa Iela - Tupai
    Kate Moss muka baru Topshop 31 minutes ago
    Kate Moss muka baru Topshop

    Model terkenal ini telah dilantik oleh jenama pakaian terkemuka dunia Topshop untuk menjadi muka baru. …

  • Tips bercukur dengan betul!
    Azwa Iela - Tupai
    Tips bercukur dengan betul! 1 hour 34 minutes ago
    Tips bercukur dengan betul!

    Kami ingin kongsikan tips bercukur buat golongan lelaki. …

  • Tidur lena dengan SleepPhones
    Azwa Iela - Tupai
    Tidur lena dengan SleepPhones Sun, Apr 20, 2014 6:05 AM MYT
    Tidur lena dengan SleepPhones

    SleepPhones dapat membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini ketika tidur. …

  • High court to hear dispute about TV over Internet
    MARK SHERMAN - Associated Press
    High court to hear dispute about TV over Internet 17 minutes ago
    High court to hear dispute about TV over Internet

    WASHINGTON (AP) — Thirty years after failing to convince the Supreme Court of the threat posed by home video recordings, big media companies are back and now trying to rein in another technological innovation they say threatens their financial well-being. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes 5 hours ago
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …