Wanita hamil dibelenggu Anemia

24 Sep - Wanita yang sedang mengandung emosinya kadang kala mudah terganggu, letih dan lemah. Simptom-simptom itu dikatakan perkara biasa yang dialami wanita ketika hamil. Mereka yang mengalami gejala-gejala seperti itu merasakan itu adalah kesan dari perubahan hormon akibat hamil.

Walaubagaimanapun , tanda-tanda itu sebenarnya menandakan wanita hamil itu kekurangan zat besi dan darah atau lebih dikenali sebagai anemia . Mereka yang mengalami anemia akan selalu merasa letih, sukar untuk bernafas, kedatangan haid yang tidak menentu , jantung berdegup laju dan juga akan mengalami pening.

Zat besi boleh didapati di dalam daging merah, bijirin dan sayur-sayuran hijau sementara vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh terdapat di dalam kebanyakan jenis makanan. Jika penyakit itu tidak dicegah dan dirawat segera ia boleh mengakibatkan ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan bagi jangka masa panjang.

Wanita yang mengalami anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil malah selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Ianya boleh dikesan sekiranya tahap bacaan bilangan sel darah merah kurang daripada 12 sehingga 15 miligram (mg) . Wanita yang hamil amat memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi mereka.

Risiko penyakit anemia ini sangat bahaya kerana seseorang wanita yang hamil itu boleh mengalami keguguran , kelahiran pramatang dan juga boleh membawa kepada maut . Namun ramai wanita yang merancang untuk hamil tanpa simpanan zat besi yang secukupnya sekali gus menyebabkan mereka terdedah dengan risiko penyakit anemia.

Oleh itu, golongan wanita disarankan menjalani ujian darah sebelum merancang untuk hamil. Ia penting bagi mengetahui tahap hemoglobin mereka. Sehubungan itu, wanita hamil disyorkan supaya mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran,ayam,hati,daging,buahan-buahan dan sebagainya .

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 12 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Boston prepares for huge wave of marathon visitors
    PHILIP MARCELO - Associated Press
    Boston prepares for huge wave of marathon visitors 1 hour 10 minutes ago
    Boston prepares for huge wave of marathon visitors

    BOSTON (AP) — With an expanded field of runners and the memory of last year's bombings elevating interest in one of the world's great races, the 2014 Boston Marathon could bring an unprecedented wave of visitors and an influx of tourism dollars to the area. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …