Advertisement

Yasmin Hani mengandung?


ADA ura-ura yang mengatakan pelakon dan pengacara TV Yasmin Hani, 33 mengandung?

Yahoo! Malaysia baru sahaja mendapat berita yang selebriti cantik ini sudah mengandung selepas menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain dram Blackrose, Sha’arin Razali, 43 di DuchessPlace@Jalan Ampang, Selangor pada bulan Oktober dua tahun lalu.

Namun, kesahihan maklumat ini tidak dapat dikenalpasti dan usaha untuk menghubungi Yasmin bagi memberi pengesahan juga tidak berjaya.

BACA:
Yasmin Hani nak anak
Yasmin Hani dan suami rai ulangtahun di Beijing


Andainya berita ini benar, Yahoo! Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah pada pasangan sama cantik sama padan ini.

Dalam perkembangan lain, Yasmin atau mesra dengan panggilan Hani ini, kini aktif mengusahakan  bisnes fesyen bersama label Baajookoo bersama rakan-rakan baiknya penyanyi Atilia Haron dan pengacara TV, Daphne Iking.