Advertisement

Yuna: “Julian tidak langsung mengecam media Malaysia.”


PENYANYI dan komposer kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai atau lebih popular dengan nama Yuna baru sahaja pulang ke California, Amerika Syarikat apabila dikejutkan dengan berita yang jurugambarnya, Julian Schratter dilaporkan telah menghentam media Malaysia baru-baru ini. 

Kononnya, Julian telah dilaporkan tidak berpuas hati dengan ulasan yang ditulis oleh sebuah akhbar Inggeris tempatan mengenai album EP Yuna berjudul, Sixth Sense dengan memberi ulasan ‘kurang mengancam’.

Memetik laporan sebuah akhbar Melayu minggu lalu, Julian dikatakan telah memuat naik gambar salinan artikel tersebut menerusi akaun Instagramnya –  ‘throughjuleslens’ seolah-olah tidak senang dengan muka hadapan album Yuna yang dikatakan ‘overdone & ‘uninventive’ .

Yahoo! Malaysia sempat meninjau laman Instagram Julian gagal apabila tinjauan kami mendapati ‘posting’ tersebut telah dipadam.

Usaha untuk mendapatkan Yuna berjaya apabila penyanyi berusia 27 tahun itu bersetuju memberikan kerjasama untuk memberi respon beliau berkaitan perkara ini. 

BACA:
Jurukamera Yuna menghentam media Malaysia?
Qi dan Yuna berpisah akibat pihak ketiga?
Kekasih baru Yuna seorang jejaka US?


Ini jawapan Yuna yang dihantar melalui sistem mesej ringkas pada Yahoo! Malaysia hujung minggu lalu.

“Julian tidak langsung mengecam media  Malaysia, hanya pada ketika itu dia berasa tersinggung kerana dia telah bekerja keras untuk kulit (cover) EP tersebut dan hasil kerjayanya diperkotak- katikkan serta diberikan komen yang tidak sepatutnya.”

Tambah Yuna lagi, “seperti ramai orang lain, dia hanya meluahkan perasaannya yang terbuku pada ketika itu. Bukan niat untuk menyakitkan hati mana mana pihak.”

“Saya rasa tidak ‘fair’ (adil) untuk media dan blog gossip mengambil perkara kecil sperti ini untuk dijadikan berita besar dan diputar belitkan kerana ada banyak lagi updates pasal saya yang boleh dijadikan cerita.”

“EP saya baru saja dilancarkan tetapi tidak ada pula yang bertanya,  saya tidak bertanggungjawab atas apa apa statement yang diberikan oleh kawan kawan saya dalam akaun peribadi mereka jadi ini tidak relevan untuk dijadikan ‘headline’ dan bagi saya semua media yang telah bekerja dengan saya telah bersikap professional dengan saya dan saya juga telah bersikap professional dengan media.”

“Itu yang penting. Saya harap selepas ini perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan kerana saya tidak boleh control tindak tanduk mereka dan saya tidak boleh bertanggungjawab dari pihak saya.”

Kejayaan Yuna sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Yuna yang awal bulan ini telah kembali ke tanahair untuk bercuti telah berjaya mengembangkan sayap selepas dilantik menjadi duta sosial media bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines, baru-baru ini.

Di dalam perkembangan terbaru, Yuna yang telah berjaya melakar nama di arena muzik antarabangsa kini sedang sibuk dengan pembikinan album Inggeris terbaru selepas beliau dilamar untuk menyertai Verve Music Group, syarikat rakaman milik pemuzik dan penerbit tersohor Amerika Syarikat, David Foster pada awal tahun ini.