Zarina Anjoulie didakwa miliki dadah

3 Jan – Aktres drama bersiri "Anak Pontianak", Zarina Anjoulie Mohd Fahizul dan seorang rakan lelaki, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi yang didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu semalam.

Dipetik daripada mStar, mereka berdua yang berusia 27 tahun dan merupakan pelajar kolej swasta telah ditahan polis kerana memiliki dua biji pil iaitu dadah yang disyaki Erimin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram dan didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat C-3-10, Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Majistret Nazri Omran telah menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Seorang rakan wanita Zarina hadir untuk menjaminnya dan mengaku dia adalah pemilik rumah di Damansara Damai, tetapi mahkamah tidak membenarkan dengan memberi alasan mereka tiada pertalian keluarga.

BACA: Adakah Zarina Anjoulie terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah?
BACA: Zarina Anjoulie "disponsor" seorang VIP?
BACA: Gambar Zarina Anjoulie dicium lelaki

Walaubagaimanapun sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga artis ini tampil menjaminnya dan dia akhirnya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

Mohamad Fakhruzaim pula dijamin oleh abangnya dan dibenarkan pulang.

Sebelum ini Zarina pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar bogel yang menyerupainya tersebar, tampil dengan gaya seksi di muka depan majalah FHM di Indonesia, bergaduh dengan selebriti lain seperti Aliff Aziz dan Lufya serta digosipkan telah berkahwin.

Malah pada Februari 2010, Zarina pernah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selepas disyaki mengambil dadah jenis ketamin, tetapi enggan menjalani ujian saringan air kencing lalu dibawa ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk soal siasat.

BACA: Bacaan kanabis Saiful Apek melebihi paras dadah
BACA: Aktres Indonesia ditangkap di pesta dadah

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya Sat, Apr 19, 2014 12:18 AM MYT
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'
    Tom Little - AFP News
    Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle' 2 hours 37 minutes ago
    Historic mass in Turkish-held north Cyprus 'like a miracle'

    With a nighttime procession lit by the glimmer of devotional candles and the flash of smartphone cameras, a church in Turkish-held northern Cyprus hosted its first Easter mass in nearly 60 years. Hundreds of Greek Cypriots crossed the Green Line to attend the ceremony at Famagusta's church of St George Exorinos, in the part of the Mediterranean island occupied by Turkish forces since 1974. Bishop Vassilis, wearing robes embroidered with gold and white and accompanied by a top Muslim cleric …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …