Zul Ariffin nafi bercinta dengan Nasha Aziz

15 Ogos – Baru sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjalin antara aktor Zul Ariffin dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, malah Zul juga ada mengatakan mahu memantapkan ilmu agama sebelum menyunting Gayatri menjadi isteri.

Kini kecoh pula dikatakan pelakon ini mempunyai hubungan istimewa dengan aktres yang juga seorang model, Nasha Aziz.

Khabarnya, mereka mula menjalin hubungan cinta selepas bergandingan buat kali pertama dalam telefilem raya "Kasih Bersulam Daun Palas".

Ekoran daripada desas-desus ini, Zul mengaku bahawa dia sememangnya bercinta dalam babak telefilem berkenaan tetapi bukan di luar lakonan.

BACA:
Zul Ariffin mahu dalami ilmu agama sebelum jadi suami

Tiz Zaqyah dan kekasih rancang kahwin?
Aidil Zafuan SMS cerai Rita Rudaini
Ayu (OIAM) nafi rumah tangga bermasalah

"Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telefilem "Kasih Bersulam Daun Palas". Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telefilem yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami," kata Zul seperti dipetik dari laporan Kosmo!.

Ketika ditanya mengenai kemesraan mereka yang dilihat ketara sewaktu di lokasi penggambaran, Zul memberitahu bahawa tidak ada salahnya bagi mereka untuk mesra demi mencari keserasian namun kemesraan tersebut bukanlah ke tahap serius.

"Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.

"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut," jelasnya lagi.

Tambah Zul, dia menghormati Nasha sebagai seorang artis yang lebih berpengalaman dan merasa bangga dapat bergandingan dengan pelakon profesional seperti Nasha.

Video hangat Hollywood:

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek 23 hours ago
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • Nobel winner Garcia Marquez, master of magical realism, dies at 87
    Nobel winner Garcia Marquez, master of magical realism, dies at 87

    By Anahi Rama MEXICO CITY (Reuters) - Gabriel Garcia Marquez, the Colombian author whose beguiling stories of love and longing brought Latin America to life for millions of readers and put magical realism on the literary map, died on Thursday. A prolific writer who started out as a newspaper reporter, Garcia Marquez's masterpiece was "One Hundred Years of Solitude," a dream-like, dynastic epic that helped him win the Nobel Prize for Literature in 1982. Garcia Marquez died at his home in …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …